Wednesday, 19 February 2014

CINTA BERSEBAB?

 Assalamualaikum wbt.



Entry kali ini saya nak bercerita tentang cinta. Maaflah asyik-asyik pasal cinta, cinta, cinta. hehehe.. Jangan marahkan saya.. Biasalah, rasa cinta itu kan fitrah manusia. :)

Berdasarkan tajuk di atas, ya semestinya you, you and you faham apa yang saya tuliskan? op koslah! you all bukan buta hurufkan? hehehe

Ok,straight to the point!

Pernah tak korang punya 'couple' ucap ala-ala cam ni kat korg " Saya sukakan awak kerana awak cantik " "Saya sayang awak sebab awak memahami saya " " Saya cinta awak sebab awak adalah pembakar semangat saya "..

DAN DAN DANNNNNN!!

Ada jugak sih yang teramat jujur, dengan berani nye dia ucap " Saya sayang, cinta, rindu, sukakan awak kerana HARTA awak." Tuuu diaaaaa,, kalau hangpa mau truskan hubgn ni, truskan, klau rasa patut diputuskan, WELL DONE! lagi baguih..hehe..
Dan banyak lagilah jenis-jenis, bentuk-bentuk yang diungkapkan oleh mereka dengan nada bersebab. Anda lebih pandai menilainya.



Baiklah,saya membebel panjang-panjang kat atas tu, tak lain tak bukan just nak pesan/nasihat satu perkara je.

INGATLAH! Andai anda atau pasangan anda pernah ungkapkan perkara sebegitu, percayalah cinta dia dan anda adalah cinta bersebab dan cinta bersebab itu tidak akan kekal andai sebab yang ada pada anda atau pasangan anda itu hilang. Percayalah kot mane-mane pon cinta bersebab tidak akan bawa bahagia dan mungkin juga tidak akan kekal lama. Pilihlah, cintailah dia yang mencintaimu kerana benar-benar ikhlas ingin mencintaimu dan juga mencintaimu kerana Allah. InsyaAllah, cinta itu akan berkekalan sampai ke syurga. Jauhilah dia yang mencintaimu kerana 'materialistik/kriteria' yang ada pada kamu kerana apabila hilang itu semua, besar kemungkinan dia akan menjauhimu. Besar kemungkinan,  apabila dia menemui seseorang yang jauh lebih hebat daripada apa yang telah anda miliki dia akan memilih dia yang lebih hebat daripada anda. Tak ke kesian, tak ke sakit hati. :'(
Kan?

Sebaiknya, pilihlah seseorang itu kerana agamanya. Itulah yang diajar oleh Nabi SAW kesayangan kita kepada kita. Sungguh! Agama tidak pernah mengecewakan kita, tetapi kengkadang kita sendiri yang ambil mudah sehingga kita mengatakan agama itu kejam. Astagfirullahal 'azim. Sesekali tidak. Agama Islam itu indah! Ada je rukhsah yang ada pada agama kita. Agama Islam tidak sesekali menolak fitrah manusia. Sebaliknya, terdapat banyak panduan yang diberikan kepada kita untuk menjadi seorang muslim yang berjaya bukan setakat di dunia malahan di akhirat.


Baiklah, sampai disini sahaja entri kali ini. Entri saya kali ini bukan niat ingin menghasut tetapi sekadar nasihat dan pandangan supaya kalian lebih berhati-hati dalam menilai seseorang. Ayuh! Bangkitlah! Jangan biarkan dirimu diperalat semudah itu, sebegitu rupa. Sayangilah, hargailah dirimu. Kerana, dirimu begitu berharga, bernilai disisi-Nya. Cintailah Dia, kerana Dia yang layak untuk kita cintai. Tanpa Dia tiada rasa cinta dalam hati ini. Tanpa Dia kita tidak tahu bagaimana rasa rindu. Dan tanpa Dia juga, kita tidak mengenali apa itu sayang. Cinta Rindu dan Sayanglah pada yang selayaknya dahulu sebelum kita sayang cinta dan rindu pada yang layak.


Sekian, maaf andai ada isi-isi dalam entri ini menyakitkan, mengguriskan atau apa-apa jelah dengan hati anda. harap tak simpan dalam hati, ketahuilah, niat dihatiku sekadar ingin berkongsi, bukan meng'hasut'. Moga, entri ini tidak disalah tafsir. :')

Assalam...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive