Penyakit yang menimpa remaja zaman sekarang adalah seperti HENDONISME yang membawa maksud fahaman bertuhankan hiburan yang melalaikan semata-mata. Hedonisme merupakan penyakit nombor satu yang banyak membunuh jiwa dan rohani para remaja kita zaman sekarang kerana bertuhankan negara-negara Barat dan melarutkan jiwa remaja dalam hiburan yang melalaikan. Contohnya, konsert merupakan salah satu wacana hendonisme yang disuntik oleh negara Barat ke dalam masyarakat kita. Konsert menyuburkan budaya melalaikan, percampuran jantina lelaki dan perempuan, melompat ke sana dan ke sini serta mendedahkan aurat. Semua ini membawa kepada kehancuran moral para remaja yang semakin ketandusan idola (padahal nabi Muhammad SAW boleh d'jadikan idola). Lalu mengambil mereka yang bergelar artis atau penggiat hiburan yang melanggar hukum syarak ini sebagai ikutan. Akhirnya agenda ini merosakkan akhlak remaja kita.
Selain itu LIBERALISME juga salah satu penyakit yag menimpa remaja zaman sekarang.. Liberalisme bermaksud salah,sesat dan bertentangan dengan Islam kerana liberalismeterlalu bertuhankan akal semata-mata. Bagi mereka setiap perkara yang berlaku harus dilogikkan dengan akal sedangkan di dalam Islam ada perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dilogikkan atau dicapai oleh kekuatan akal. Perkara seumpama ini hanya diberitahu oleh Allah dalam al-Quran untuk diimani dan ditaati.
Sekian,
Wassalamualaikum

No comments:
Post a Comment